Reformasi Mahkmah Syariah di Nanggroe Aceh Darussalam

Saiful Azhar. Lc adalah Kelahiran Kuta Makmur. Aceh Utara Mahasiswa Syariah and Law. University of Malaya [Foto/Dok/Waa].

WAA Rabu 03/02/2010, Reformasi Mahkmah Syariah di Nanggroe Aceh Darussalam: Dari Segi Bidangkuasa, Oleh : Saiful Azhar, Lc[1] 

Pendahuluan

Keinginan untuk melaksanakan syariat islam secara kaffah dan terwujudnya mahkamah syariah yang melaksanakan semua hukum Islam merupakan cita-cita lama masyarakat Aceh[2]. Namun keinginan tersebut tidak dikabulkan oleh kerajaan Indonesia. Pihak kerajaan yang mempunyai pemahaman sekular, tidak ingin negeri dibawah kekuasaanya mempunyai aturan hukum yang berbeza dengan aturan hukum nasional.

Sebenarnya Mahkamah Syariah telah ada di Aceh sebelum penjajahan masuk. Dan ketika bergabung dengan kerajaan Indonesia, Mahkamah Syariah juga dibentuk di Aceh[3]. Namun Mahkamah Syariah bentukan kerajaaan tidak memenuhi harapan  masyarakat Aceh, ini disebabkan kedudukan dan bidangkuasa mahkmah syariah tersebut sangat terhad dan tidak berwibawa.

Wujudnya mahkamah syariah yang mempunyai kedudukan dan bidangkuasa yang luas serta dihormati setelah dikeluarkan Undang-Undang  Republik Indonesia Nombor 44 tahun 1999 tentang penyelenggaraan keistimewaan Aceh dan undang-undang kerajaan Indonesia nombor 18 tahun 2001 tentang autonomi khusus. Dan perasmian pembentukan mahkamah syariah yang khas dilakukan setelah keluar keputusan presiden republik Indonesia nombor 11 tahun 2003[4].

Kehadiran mahkamah syariah khas tersebut memberi kesan besar pada pelaksanaan undang-undang islam. Yang sangat penting disini adalah mahkamah syariah yang telah ada sebelumya mengalami banyak perubahan dengan mereformasi kedudukan, bidangkuasa, prosedur, dan hal-hal lain yang berkaitan dengan mahkamah syariah.

Mahkamah Syariah di Aceh dari zaman ke zaman

A. Pada Masa Kerajaan Aceh

Aceh mempunyai latar belakang yang berbeza dengan daerah lainnya di Indonesia, khususnya pada pelaksanaan undang-undang islam. Di Aceh pelaksanaan Undang-undang Islam bukanlah hal baru, Sejak sebelum kemerdekaan Republik Indonesia telah melaksanakan Syariat Islam.

Pada zaman kerajaan dahulunya, kekuasaan Mahkamah Syariah  dibawah kekuasaan Qadli Malikul ‘Adil,  sedangkan untuk daerah dibawahnya dijawat oleh Qadli Uleebalang[5].

Qadli Malikul ‘Adil adalah  adalah struktur mahkamah paling tinggi yang ada di Kerajaan Aceh, ia juga berfungsi sebagai Mahkamah Rayuan. Apabila perakara-perakara yang telah diputuskan oleh Qadli Uleebalang masih belum memuaskan pelbagai pihak, maka boleh mengajukan rayuan ke Qadli Malikul ‘Adil. Keputusan Qadli Malikul ‘Adil merupakan keputusan akhir dan harus dipatuhi dan dijalankan oleh semua pihak.

Pengaruh Ulama saat itu sangat kuat di Aceh, ini terlihat dari pengangkatan hakim pada mahkamah.  Qadli Malikul ‘Adil dan Qadli Uleebalang diangkat dari golongan ulama yang cerdik dan berpengaruh.[6]

Qadli Malikul ‘Adil selain berfungsi sebagai hakim, ia juga bertugas memberi nasehat kepada kerajaan dan mentadbir daerah yang langsung dibawah Sulthan. Lembaga Qadli Malikul ‘Adil sangat berwibawa dan sangat berperan dalam menjalankan hukum Islam juga menjaga stablitas kerajaan.

B.  Pada Zaman Hindia Belanda

Indonesia pada masa penjajahan belanda diberi nama Nederlandsce Indie ( Hindia Belanda). Pemerintah Hindia Belanda membahagi Indonesia dari satu segi menjadi dua daerah, yaitu Jawa-Madura dan daerah-daerah Luar Jawa-Madura. Pembahagian tersebut mempunyai kesan terhadap pengaturan hukum, serta keadaan mahkamah.[7]

Pemerintah Belanda tidak menghapuskan sistim mahkamah yang telah ada, baik di Indonesia maupun di Aceh. Khusus di Aceh Hal ini boleh dilihat dengan adanya peraturan yang terdapat dalam Staasblad 1869 No. 47 dan Staasblad 1871 No. 129 yang menetapkan bahwa ketua-ketua Landraad harus seorang Yuris. Setiap mereka harus mesti mendapatkan pelajaran dalam hukum Islam.  

Khusus untuk Aceh, di tiap wilayah Uleebalang[8] terdapat sebuah mahkamah yang diketuai Controleur, dan Uleebalang serta orang-orang khas yang dilantik. Mahkamah Syariah ketika itu merupakan bahagian dari mahkamah tersebut. Untuk memutuskan kes-kes hukum islam di pimpin oleh Qadli Uleebalang. Sedangkan kes-kes lain dipimpin oleh Uleebalang dengan didampingi oleh Qadli Uleebalang.

C.  Pada Zaman Jepun.

Jepun mulai memasuki Aceh pada 12 mac 1942. Pada awal kedatangan , Ulama di di Aceh masih dihargai oleh mereka, disebabkan Ulama telah berjasa mengusir belanda dari Aceh. Sehingga atas permintaan ulama, Jepun meningkatkan status .Mahkamah Syariah[9].

Saat itu Jepun menubuhkan Aceh Syu Rei (Undang-undang Daerah Aceh) pada 1 januari 1944. Undang-undang itu menjelaskan tentang penubuhan dua mahkamah, iaitu Tihoo Hooin ( Mahkamah Sivil) dan Syukyo Hooin ( Mahkamah Syariah)

Mahkamah Syariah untuk tingkat Kabupaten[10] di pimpin oleh Kepala Qadli serta dibantu oleh beberapa anggota majlisnya, dan untuk tingkat Kecamatan[11] dipimpin oleh Kadli Sort.

Persatuan Ulama Aceh ( PUSA) ketika itu mempunyai peranan peting pada penubuhan dan pengawasan Mahkamah Syariah. Jepun pada satu segi memberi kebebasan kepada rakyat Aceh untuk melanjutkan Mahkamah Syariah yang telah ada sebelumnya. Tetapi pada segi lain kita juga mengetahui Bahwa Jepun telah menjajah rakyat Indaonesia termasuk juga Aceh dalam banyak segi kehidupan lainnya.

D.  Saat Indonesia merdeka

Ketika Rakyat Indonesia memproklamirkan kemerdekaan pada 17 Ogos 1945, Mahkamah Syariah di seluruh wilayah Indonesia belum sama, baik dari undang-undang yang  digunakan mahupun bidang kuasa. Sedangkan Mahkamah Sivil telah disamakan melalui Undang-undang Darurat No.1 tahun 1951[12].

Saat itu Mahkamah Syariah boleh dikelompokkan kepada tiga[13] iaitu :

1.  Pengadilan Agama ( Mahkamah Syariah ) di Jawa – Madura.
2.  Kerapatan Qadli di sebagian karasedenan Kalimantan Selatan dan Timur.
3. Pengadilan Agama (Mahkamah Syariah)  diluar Jawa – Madura dan luar sebahagian Kalimantan Selatan dan Timur.

Sejak tahun 1980, melalui Keputusan Menteri Agama  No.6 Mahkamah Syariah mulai diseragamkan. Diantara penyeragamannya adalah penyebutan nama[14], iaitu :

a. Untuk tingkat pertama namanya Pengadilan Agama ( Mahkamah syariah)

b. Untuk tingkat kedua namanya Pengadilan Tinggi Agama ( Mahkamah Tinggi Syariah).

Mahkamah syariah tingkat pertama mempunyai kuasa atas daerah Kabupaten/ Kota ( salah satu struktur pemerintahan di Indonesia). Sedangkat Mahkamah Tinggi Syariah mempunyai kuasa pada tingkat negeri.

Bidangkuasa Mahkamah Syariah sebelum ditubuhkan Mahkamah Syariah khas Nanggroe Aceh Darussalam.

a.  Zaman kemerdekaan .
Sejak Kemerdekaan Republik Indonesia sistem Mahkamah di Nanggroe Aceh Darussalam mengikut sistim mahkmah Indonesia. Bidangkuasa pada mahkamah syariah ketika itu sangat terhad dan tidak berwibawa berbanding mahkamah sivil.

Bidangkuasa mahkamah syariah sejak terbentuk  1 august 1946 iaitu memutuskan kes-kes yang berkaitan dengan nikah, thalaq, rujuk dan mawarist[15]. Ketika itu kedudukan mahkamah syariah masih dalam proses penubuhan dan pengamatan oleh pihak kerajaan.

b. setelah keluar Undang-undang nombor 7 tahun 1989

Berdasarkan Undang-undang kerajaan Indonesia nombor 7 tahun 1989 mengenai mahkamah syariah disebutkan bahwa mahkamah syariah bertugas dan berkuasa memeriksa, memutuskan dan menyelasaikan perkara-perakara antara orang-orang yang beragama islam di bidang :

1. Perkawinan ( ahwal syahhsiah )
2. Kewarisan, wasiat dan hibah yang dilakukan berdasarkan hukum Islam.
3. Waqaf dan  Shadaqah.

Sampai berpuluh-puluh tahun kemerdekaan, bidangkuasa mahkamah syariah Indonesia masih lagi terhad kepada hal-hal yang sama seperti sejak awal penubuhannya, mahkamah syariah tidak mempunyai bidangkuasa pada jenayah dan sebahagian mu’amalah[16]

Penubuhan Mahkamah Syariah khas Nanggroe Aceh Darussalam.

Usaha Masyarakat Aceh untuk mewujudkan sebuah Mahkamah Syariah yang mempunyai kredibliti tinggi akhirnya terwujud. Untuk mendapatkan semua ini bukanlah semudah membalikkan telapak tangan, tetapi dengan usaha dan kesabaran yang tinggi. Ini dikarenakan sistim kerajaan Indonesia yang berpihak pada sekularizm, dan tidak setuju untuk mentatbikkan syariah islam secara kaffah.

Mahkamah Syariah yang khas ditubuhkan berdasarkan surat keputusan Presiden Republik Indonesia nombor 11 tahun 2003, yang ketika itu Megawati Soekarno Putri memegang jawatan Presiden[17]. Sedangkan perasmiannya dilakukan oleh ketua mahkamah agung republik Indonesia pada 4 marc 2003. Ketua mahkamah agung (MA) ketika itu adalah Bagir Manan.[18]

Dasar Hukum Pelaksanaan Syariat Islam ( termasuk penubuhan mahkmah syariah khas ) di Nanggroe Aceh Darussalam.

Terwujudnya Mahkamah Syariah di Nanggroe Aceh Darussalam setelah usaha yang panjang dan melelahkan, hingga pada akhirnya usaha-usaha kearah tersebut membuahkan hasil dengan dipersetujui pembentukan Mahkamah Syariah khas dengan dikeluarkan beberapa undang-undang sebagai dasar hukumnya.

Dasar-dasar hukum tersebut ialah sebagai berikut :

1. Undang-undang Pemerintah Indonesia Nomor 44 tahun 1999[19].

Pada pasal 4 didalam undang-undang tersebut menyatakan:

a.Penyelenggaraan kehidupan beragama di Daerah diwujudkan dalam bentuk pelaksanaan Syariat Islam bagi pemeluknya dalam masyarakat.

b. Daerah mengembangkan dan mengatur penyelenggaraan kehidupan beragama, sebagaimana dimaksud pada ayat (1) dengan tetap menjaga kerukunan hidup antar umat beragama.

Sedangkan mengenai cakupan pelaksanaan Syariat Islam boleh kita lihat pada Fasal 1, iatu pada ayat 8 disebutkan bahawa Syariat Islam adalah tuntunan ajaran Islam dalam semua aspek kehidupan.

Pada ayat lapan ini sangat jelas dinyatakan bahwa pelaksanaan syariat Islam di Nanggroe Aceh Darussalam meliputi semua segi kehidupan. Ini salah satu bentuk reformasi Mahkamah Syariah yang dulunya hanya meliputi sebahagian segi kehidupan sebagaimana masih berlaku di Negeri-negeri lain di Indonesia.

1. Undang-undang Pemerintah Indonesia Nomor 18 tahun 2001 dalam hubungannya dengan Pelaksanaan Syari’at Islam di Provinsi Nanggroe Aceh Darussalam[20].

Undang- undang ini merupakan lanjutan dari Undang-undang Nombor 44 tahun 1999 yang telah dijelaskan diatas.

Dalam Fasal 25 Undang-undang tersebut disebutkan:
a. Peradilan Syariat Islam di Provinsi Nanggroe Aceh Darussalam sebagai bagian dari sistem peradilan Nasional dilakukan oleh Mahkamah syar’iyah yang bebas dari pengaruh pihak manapun.

b. Kewenangan Mahkamah Syar’iyah sebagaimana dimaksud pada ayat (1) didasarkan atas Syari’at Islam dalam sistem hukum nasional, yang diatur lebih lanjut dengan Qanun Provinsi Nanggroe Aceh Darussalam.

c. kewenangan yang dimaksud pada ayat diatas diberlakukan bagi pemeluk agama Islam saja.

Dari kandungan fasal ini terlihat ada tambahan keistimewaan pada mahkamah syariah, dimana mahkamah syariah tidak boleh dipengaruhi oleh pihak lain. Dan yang lebih penting bidangkuasa mahkamah syariah diperluas, iaitu semua hal yang berkaitan dengan syariat islam, termasuk jinayah yang dulunya dibawah bidangkuasa mahkamah sivil.

Bidangkuasa Mahkamah Syariah setelah ditubuhkan Mahkamah Syariah Khas

Mahkamah syariah Nanggroe Aceh Darussalam adalah mahkamah khas yang ada dalam linkungan mahkamah syariah republik Indonesia. Dikatakan khas karena ia mempunyai bidangkuasa yang berbeza, tidak sama dengan mahkamah syariah lainya di seluruh Indonesia.

Bidangkuasa mahkamah syariah khas ini tidak lagi hanya mengurusi masalah ahwal syahksiah, mawaris dan hibah saja, tetapi meliputi semua segi kehidupan. Baik ia yang berhubungan masyarakat awam atau privat, semuanya menjadi bidangkuasa mahkamah syariah.

Dalam Qanun No. 10 tahun 2002 tentang pelaksanaan syariah Islam disebutkan bahwa Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa memeriksa, memutuskan dan menyelesaikan perkara-perkara berikut[21] :

1. al – ahwal al – syakshiyah
2. mu’amalah
3. jinayah

Penjelasan ketiga hal diatas sebagai berikut :
1. Yang dimaksud dengan bidangkuasa dalam bidang al- Ahwal al – syakhshiyah meliputi hal-hal yang diatur dalam fasal 49 undang-undang nombor 7 tahun 1989 tentang mahkamah syariah beserta penjelasannya, kecuali wakaf, hibah dan sadakah.

2.Yang dimaksud dengan bidangkuasa dalam bidang muamalat meliputi hukum kebendaan dan perikatan seperti :
a. Jual beli, hutang piutang
b. Qiradh ( pemodalan)
c. Musaqah, muzara’ah, mukhabarah ( bagi hasil pertanian).
d. Wakilah (kuasa), syirkah (perkongsian).
e. ‘Ariyah ( pinjam meminjam). Hajru ( penyitaan harta), Syuf’ah dan rahnu ( gadai).
f. Ihyaul mawat ( pembukaan lahan), ma’din (tambang), luqathah (barang temuan)
g. Perbankan, ijarah (sewa menyewa), takaful.
h. Perburuhan
i. Harta rampasan
j.Wakaf, hibah, sadakah, dan hadiah
3. Yang dimaksud dengan bidangkuasa dalam bidang Jinayat iaitu sebagai berikut :
a.  Hudud yang meliputi:
i.   Zina
ii.  Menuduh berzina (Qadhaf)
iii. Mencuri
iv. Merompak
v.  Minuman membukkan dan Napza.
vi. Murtad
vii.Pemberontakan (Bughat)
b. Qishash diat, meliputi:
i. pembunuhan
ii.Penganiayaan.
c. Ta’zir iaitu hukuman yang dikenakan kepada orang yang melakukan pelanggaran syariat islam selain hudud dan Qisas seperti:
i. Judi.
ii. Khalwat.

iii.Meninggalkan sembahyang fardhu dan puasa Ramadhan.

Mahkamah  Tinggi syariah mempunyai bidangkuasa memeriksa dan memutuskan perkara yang menjadi bidangkuasa Mahkamah Syariah dalam tingkat rayuan. Mahhkamah Tinggi Syariah juga mempunyai bidangkuasa mengadili dalam tingkat pertama dan terakhir perselisihan yang terjadi antara Mahkamah-Mahkamah  Syariah yang ada di Nanggroe Aceh Darussalam. Sedangkan perselisihan yang terjadi antara mahkamah Syariah dengan Mahkamah Sivil atau mahkamah lainnya menjadi bidangkuasa mahakmah Agung (MA) [22] Republik Indonesia.

Mahkamah Syariah di Nanggroe Aceh Darussalam tidak mempunyai mahkamah rayuan. Ini dikarenakan Mahkamah Syariah khas ini tidak berdiri sendiri, ia masih dalam lingkungan Mahkamah Agung republik Indonesia, hanya  berbentuk khas sahaja. Apabila ingin merayu hasil keputusan mahkamah syariah yang khas ini maka mereka masih tetap membuat rayuan kepada Mahkamah Agung (MA) di Jakarta.

Penutup
Mahkamah Syariah di Nanggroe Aceh Darussalam telah mengalami banyak reformasi yang berlaku sejak awal penubuhannya sebelum penjajahan datang ke Aceh. Zaman sebelum kedatangan  penjajah merupakan zaman kemuncak mahkamah syariah.

Setelah kedatangan penjajah, perubahan  mulai terjadi, sehingga Aceh menjadi bahagian republik Indonesia telah mengalami beberapa kali. Perubahan yang terjadi ketika itu bukan untuk kemajuan mahkamah, tetapi sebaliknya. kedudukan dan bidangkuasa mahkamah syariah dihadkan hanya pada perkara tertentu sahaja.

Tahun 2003 merupakan masa bersejarah bagi  Mahkamah Syariah di Nanggroe Aceh Darussalam. Mahkamah Syariah telah dikembalikan sebagaimana semestinya. Bidangkuasa mahkamah pun sangat luas, sehingga bidangkuasa yang ada pada mahkamah sivil sebagian besar telah dialihkan kepada Mahkamah Syariah.

BIBLIOGRAFI
1. Prof. DR. H. Al Yasa’ Abubakar, MA ( 2006) “ Syariat Islam di Provinsi Nanggroe Aceh Darussalam”  Banda Aceh: Dinas Syariat Islam NAD

2. M. Karjadi (1975) “ Peradilan di Indonesia” Bogor : Politeia

3. Litbang ( lembaga penelitian dan pengembangan Dinas Syariat Islam Aceh) “

Himpunan Undang-undang  Keputusan Presiden” 2006, Banda Aceh: Dinas Syariat Islam

4. M. Fajrul Falaakh, S.H., M.A.,M.Sc. et.al. (2004)“ Membangun Peradilan Syariah Di Nanggoe Aceh Darussalam” Jakarta: Komisi Hukum Naional Republik Indonesia

5. Ismuha, “Sejarah dan Perkembangan Peradilan Agama di Aceh” dalam Sinar Darussalam:  Majalah Pengetahuan dan Kebudayaan, No. 131, Banda Aceh , 1982

Saiful Azhar. Lc adalah Kelahiran Kuta Makmur. Aceh Utara Mahasiswa Syariah and Law. University of Malaya

[1] Mahasiswa Aceh program master,  jurusan syariah dan  undang-undang di University of  Malaya Kuala Lumpur, Malaysia.
[2] Prof. DR. H. Al Yasa’ Abubakar, MA ( 2006) “ Syariat Islam di Provinsi Nanggroe Aceh Darussalam”  Banda Aceh: Dinas Syariat Islam NAD, h. 26-27.

[3] M. Karjadi (1975) “ Peradilan di Indonesia” Bogor : Politeia, hal. 204.

[4] Litbang ( lembaga penelitian dan pengembangan Dinas Syariat Islam Aceh) “ Himpunan Undang-undang  Keputusan Presiden” 2006, Banda Aceh: Dinas Syariat Islam, hal.1-63.

[5] M. Fajrul Falaakh, S.H., M.A.,M.Sc. et.al. (2004)“ Membangun Peradilan Syariah Di Nanggoe Aceh Darussalam” Jakarta: Komisi Hukum Naional Republik Indonesia. Hal.10

[6] Ibid.

[7] Ibid

[8] Uleebalang adalah ketua wilayah, sekarang tidak digunakan lagi istilah tersebut.

[9]  Ibid, hal 13

[10] Kabupaten di Malaysia semacam Bandar.

[11] Kecamatan di Malaysia semacam satu wilyah dibawah Bandar.

[12] Ismuha, “Sejarah dan Perkembangan Peradilan Agama di Aceh” dalam Sinar Darussalam:  Majalah Pengetahuan dan Kebudayaan, No. 131, Banda Aceh , 1982, hal.449.

[13] ibid

[14] M. Fajrul Falaakh, S.H., M.A.,M.Sc. et.al. (2004) , op.cit., hal 9.

[15] M. Karjadi, op.cit., hal 205.

[16] Ibid

[17]  Litbang ( lembaga penelitian dan pengembangan Dinas Syariat Islam Aceh). Op.cit., hal.45

[18] Prof. DR. H. Al Yasa’ Abubakar, MA (2006), op.cit, hal. 413

[19] Ibid, hal. 42-43.

[20] Ibid., 48-50

[21]  M. Fajrul Falaakh, S.H., M.A.,M.Sc. et.al. (2004) , op.cit., hal. 41-43

[22] Di Malaysia namanya Mahkamah Rayuan.
Previous Post Next Post